Want your
own Fotopage?






 
FaMilYDiShEs_FAMDISH_ foTOpagEs

By: mama tanawit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Oct-2010 09:42 Email | Share | Bookmark
experiment biskut buah pinggang n berbagai bentuk tart nenas

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Minggu ni merupakan minggu yang begitu lapang bagi saya. Setelah siap sediakan makan tengahhari bagi anak2, maka mulalah experiment saya pada minggu ni. Minggu ni my husband tak ada kat rumah beliau ada urusan kat luar.

Experiment yang pertama biskut buah pinggang. Anak ila kata takut dengan nama biskut ini ila pun tak tahu kenapa orang panggil biskut buah pinggang, mungkin orang yang pertama buat biskut ini guna acuan yang berbentuk buah pinggang kot yang di bagi nama sedemikian. Tapi hari ni ila guna acuan bentuk bulan sabit sebab acuan bentuk buah pinggang atau bentuk nombor lapan tak de.. kat rumah.Resepi ini ila dapat dari kawan ila yang dok satu taman dengan ila iaitu Sarina. TQ sudi bagi resepi kat ila.

Experiment kedua tart nenas. Resepi tart nanas ini ila dah masukan dlm N3 yang lepas. Hari ini ila buat tart dlm berbagai bentuk ada bentuk buah nona ada bentuk buah limau dan tart nenas gulung yang biasa kita makan di rumah2 terbuka pada masa bulan raya ini.

untuk membuat tart berbentuk buah, lebihkan tepung gandum supaya adunan senang dibentukkan

resepi biskut buah pinggang

Quote:
BAHAN - BAHAN:

-250gm butter
-100gm gula aising
- 100 gm tepung gandum
- 100 gm tepung jagung
- 80 gm tepung naik sendiri
- 150 gm biskut marry( dikisar halus)
- 80 gm cornflakes( dikisar halus)
- 1 biji kuning telur
- sedikit esen vanilla

HIASAN :

- putih telur untuk disapu di atas
- cornflakes yang diramas halus untuk ditabur di atas biskut


CARA - CARA :

1. kacau mentega dengan gula icing hingga berkrim
2. masukkan kuning telur kacau - rata
3. masukkan ksemua jenis tepung bersama dgn serbuk biskut marry n cornflakes n uli hingga rata
4. terap ikut acuan kesukaan anda
5. bakar hingga masak


BISKUT BUAH PINGGANG




TART NANAS GULUNG






kuih siput


Ini pula kuih siput yang saya buat beberapa hari yang lalu resepinya saya main campak2 jer.. nasib baik jadi sedap dan rangup pula ini bukan angkat bakul sendiri tau.. anak ila yang cakap sedap. Kalau kawan2 nak cuba resepinya kat bawah..

resepi kuih siput:

-200gm tepung gandum
-25 gm merjerin
-1camb gula
-3/4 camt garam
-1 ulas bawang puteh*
-3 ulas bawang merah*
-20gm udang kering*
-1camt ketumbar*
-1/2camt jintan manis*
-1/2camt jintan puteh*
-1 camt serbuk cili
-50ml air (lebih kurang)
-daun kari

cara-cara:
-kisar -halus bahan2 yang bertanda *
-gaul merjerin bersama tepung - jadi seperti serbuk roti
-masukankan bahan2 yang dikisar gaul sebati
-kemudian air uli-rata sehingga jadi seperti doh karipap
-bentukkan menggunakan acuan kuih siput.
-dan goreng dlm minyak banyak-masak.
-masukan daun kari semasa menggoreng kalau suka.

kuih tiram



Kuih tiram,kuih tiram ini pun saya cuba buat beberapa hari yang lepas juga. Saya guna resepi kulit karipap lapis jer..sesiapa yang nak cuba boleh lihat resepi ini di N3 yang lepas karipap lapis. Bahagian
yang menggunakan lemak sayur itu mesti kurangkan jangan letak terlalu banyak.

cendawan goreng tepung.


cendawan goreng tepung kegemaran kami sekeluarga,
setiap kali kami pergi bercuti di cameron highland kami makan cendawan goreng tepung ini.
Kali ini ila cuba buat sendiri dengan menggunakan tepung naik sendiri yang di campur dengan serbuk pati ayam dan garam jer.. hasilnya menjadi sangat sangat puas hati. Disini ada petuanya ut menggoreng cendawan tiram ini kita mesti mencuci cendawan ini terlebih dahulu kemudian perah keluar airnya bagi betul2 kering baru di celup kedalam tepung dan goreng dalam minyak banyak yang betul2 panas.

cendawan ini sedap di cicah sos cili.

Sekian dulu N3 kali ini.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net