Automate your Marketing
with Womplify




 
FaMilYDiShEs_FAMDISH_ foTOpagEs

By: mama tanawit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 16-Oct-2010 07:00 Email | Share | | Bookmark
N3 yang fedup-minta pertolongan kawan2 FP.

 
Quote:
Salam petang sabtu kawan2 jangan terkejut pula kalau terbaca N3 ila kali ni. Saya sangat2 fedup dgn FP saya ni . Fp ini merupakan fp yang kedua saya, setelah fp yang pertama tak dapat buat link. saya terpaksa buka fp ini sekarang ini masalah yang boleh di kata lebih kurang sama dgn fp yang pertama berulang lagi.

saya sangat2 sedih dan kecewa sekali. saya harap kawan2 dapat menolong masalah saya ini.
sekarang ni saya dah pun masukan banyak N3 dlm Fp ini tapi tak boleh pula buat link. Apabila saya klik kat share keluar kosong saja yang sepatutnya kena keluar address foto kita tu tapi tak de apa. itu lah masalah saya. Dengan ini saya akan stop update buat sementara waktu. Sehingga dapat selesaikan masalah ini. saya harap kawan2 dapat membantu.



Thursday, 14-Oct-2010 03:37 Email | Share | | Bookmark
KAYA BALL . .

 
 
 
View all 4 photos...
Pagi semalam ila baru dapat satu mainan baru yg dibeli dari http://qasehmu-abadi.blogspot.com(blog chikmimi) iaitu tako maker..maka dari pagi lagi mulalah experiment yg pertama iaitu kaya ball..resepi ini ila copy paste dari myresepi..minta izin ya tuan punya resepi...resepi kat bawah ini ila tambah ckit iaitu sedikit butter yg dicairkan dan susu cair ila tambah lebih sedikit dr resepi asal...






Quote:
BAHAN-BAHAN :


•5 biji telur
•1/2 sudu makan garam (untuk rasa lemak n xmuak )
•1/3 susu pekat tin kecil
•500 ml air
•1 sudu makan baking powder
•600gm tepung (atau lebih bergantung kepekatan)
•1 sudu kecil vanilla
•untuk inti seri kaya dan seri kaya pandan...

CARA-CARA :

1. pukul telur sehingga berbiuh...masukkan susu pekat pukul lagi..(sekejap ja). masukkan air pukul lagi...masukkan vanila berselangseli dgn tepung,garam dan baking powder pukul sehingga adunan sebati......Panaskan acuan atas dan bawah, titiskan dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan kemudian letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga 3/4 penuh. biarkan seketika sehingga adunan penuh dan tutup acuan dan masak hingga keperangan.




Sunday, 3-Oct-2010 09:42 Email | Share | | Bookmark
experiment biskut buah pinggang n berbagai bentuk tart nenas

 
 
 
View all 10 photos...
Minggu ni merupakan minggu yang begitu lapang bagi saya. Setelah siap sediakan makan tengahhari bagi anak2, maka mulalah experiment saya pada minggu ni. Minggu ni my husband tak ada kat rumah beliau ada urusan kat luar.

Experiment yang pertama biskut buah pinggang. Anak ila kata takut dengan nama biskut ini ila pun tak tahu kenapa orang panggil biskut buah pinggang, mungkin orang yang pertama buat biskut ini guna acuan yang berbentuk buah pinggang kot yang di bagi nama sedemikian. Tapi hari ni ila guna acuan bentuk bulan sabit sebab acuan bentuk buah pinggang atau bentuk nombor lapan tak de.. kat rumah.Resepi ini ila dapat dari kawan ila yang dok satu taman dengan ila iaitu Sarina. TQ sudi bagi resepi kat ila.

Experiment kedua tart nenas. Resepi tart nanas ini ila dah masukan dlm N3 yang lepas. Hari ini ila buat tart dlm berbagai bentuk ada bentuk buah nona ada bentuk buah limau dan tart nenas gulung yang biasa kita makan di rumah2 terbuka pada masa bulan raya ini.

untuk membuat tart berbentuk buah, lebihkan tepung gandum supaya adunan senang dibentukkan

resepi biskut buah pinggang

Quote:
BAHAN - BAHAN:

-250gm butter
-100gm gula aising
- 100 gm tepung gandum
- 100 gm tepung jagung
- 80 gm tepung naik sendiri
- 150 gm biskut marry( dikisar halus)
- 80 gm cornflakes( dikisar halus)
- 1 biji kuning telur
- sedikit esen vanilla

HIASAN :

- putih telur untuk disapu di atas
- cornflakes yang diramas halus untuk ditabur di atas biskut


CARA - CARA :

1. kacau mentega dengan gula icing hingga berkrim
2. masukkan kuning telur kacau - rata
3. masukkan ksemua jenis tepung bersama dgn serbuk biskut marry n cornflakes n uli hingga rata
4. terap ikut acuan kesukaan anda
5. bakar hingga masak


BISKUT BUAH PINGGANG




TART NANAS GULUNG






kuih siput


Ini pula kuih siput yang saya buat beberapa hari yang lalu resepinya saya main campak2 jer.. nasib baik jadi sedap dan rangup pula ini bukan angkat bakul sendiri tau.. anak ila yang cakap sedap. Kalau kawan2 nak cuba resepinya kat bawah..

resepi kuih siput:

-200gm tepung gandum
-25 gm merjerin
-1camb gula
-3/4 camt garam
-1 ulas bawang puteh*
-3 ulas bawang merah*
-20gm udang kering*
-1camt ketumbar*
-1/2camt jintan manis*
-1/2camt jintan puteh*
-1 camt serbuk cili
-50ml air (lebih kurang)
-daun kari

cara-cara:
-kisar -halus bahan2 yang bertanda *
-gaul merjerin bersama tepung - jadi seperti serbuk roti
-masukankan bahan2 yang dikisar gaul sebati
-kemudian air uli-rata sehingga jadi seperti doh karipap
-bentukkan menggunakan acuan kuih siput.
-dan goreng dlm minyak banyak-masak.
-masukan daun kari semasa menggoreng kalau suka.

kuih tiram



Kuih tiram,kuih tiram ini pun saya cuba buat beberapa hari yang lepas juga. Saya guna resepi kulit karipap lapis jer..sesiapa yang nak cuba boleh lihat resepi ini di N3 yang lepas karipap lapis. Bahagian
yang menggunakan lemak sayur itu mesti kurangkan jangan letak terlalu banyak.

cendawan goreng tepung.


cendawan goreng tepung kegemaran kami sekeluarga,
setiap kali kami pergi bercuti di cameron highland kami makan cendawan goreng tepung ini.
Kali ini ila cuba buat sendiri dengan menggunakan tepung naik sendiri yang di campur dengan serbuk pati ayam dan garam jer.. hasilnya menjadi sangat sangat puas hati. Disini ada petuanya ut menggoreng cendawan tiram ini kita mesti mencuci cendawan ini terlebih dahulu kemudian perah keluar airnya bagi betul2 kering baru di celup kedalam tepung dan goreng dalam minyak banyak yang betul2 panas.

cendawan ini sedap di cicah sos cili.

Sekian dulu N3 kali ini.


Saturday, 18-Sep-2010 19:17 Email | Share | | Bookmark
biskut dahlia

 
 
 
View all 5 photos...
memandangkan tempahan baju pun dah berkurangan, maka hari ni mulalah operasi buat experiment masak- masak yang dah lama saya bertahan , hari ni saya mula dengan buat biskut dahlia resepi ini saya dapat dari blog CMG yang glamour sangat-sangat. saya percaya kebanyakan kawan2 FP pun kenal dgn blog CMG ini. sekali cuba dah puas hati sangat-sangat.

resepi biskut dahlia ini sangat sedap anak2 saya pun sangat suka. kat c ni saya minta izin copy paste resepi cik mat lah jer.. saya harap cik mat halalkan yer..TQ very much sudi kongsi resepi.

resepi:

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



sebelum dibakar.



setelah dibakar.







boleh disimpan dalam bekas kedap udara.


Saturday, 18-Sep-2010 19:10 Email | Share | | Bookmark
kad raya

 
selamat hari raya saya ucapkan kepada kawan2 yang sudi jenguk FP saya.



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net